Tuesday, October 17, 2006

MIMBAR NABIYULLAH




Tempat Solat Nabiyullah

Tiang Nabi Solat Tahajjud




NANTI AKAN KU CERITAKAN KISAH AKU BERMIMPI ISRAK KE MASJID NABAWI WAKTU SUBUH

Bilik Nabi

Sejarah Pembinaan > Bilik Nabi

Bilik Nabi s.a.w:

1. Bilik Nabi atau rumah Nabi s.a.w yang pertama dibina selepas pembinaan masjid ialah bilik Saidatina Aisyah r.a. Di sebelah timur biliknya dibina bilik Saidatina Saudah r.a. Bilik Saidatina Aisyah r.a terdapat sebuah pintu yang dapat dibuka menuju ke Raudhah. Ketika berada di rumah Saidatina Aisyah r.a, Nabi s.a.w akan keluar menunaikan sembahyang melalui pintu tersebut. Apabila Nabi s.a.w melakukan iktikaf, baginda akan menghulurkan kepala baginda kepada Saidatina Aisyah r.a untuk disikat ketika berada dalam masjid.
2. Ketika Nabi s.a.w sakit yang membawa kepada kewafatan baginda, baginda meminta keizinan daripada Ummul-ummul Mukminin untuk berada di bilik Saidatina Aisyah r.a, lalu diizinkan, sehinggalah baginda wafat dan disemadikan di dalamnya. Saidatina Aisyah menghamparkan sehelai kain bulu berwarna merah di dalam makam Nabi s.a.w kemudian meletakkan jenazah baginda di atas kain tersebut lalu menutupinya. Selepas itu diratakan tanah di atas makam tersebut dengan ditinggikan sedikit dari permukaan tanah.
3. Makam Nabi s.a.w terletak di bahagian sebelah selatan daripada bilik Saidatina Aisyah r.a, manakala beliau masih tetap tinggal di sebelah utara bilik tersebut. Tidak terdapat tirai antara beliau dan makam tersebut. Apabila jenazah Saidina Abu Bakar r.a dikebumikan, beliau mengizinkan untuk dikebumikan di sisi Nabi s.a.w lalu digali kubur di sebelah kiri makam Nabi s.a.w dengan jarak sehasta (setengah meter). Kepala beliau menyamai bahu Nabi s.a.w. Saidatina Aisyah tidak meletakkan tirai antara beliau dan kedua-dua makam tersebut. Beliau telah berkata: Mereka adalah suami dan bapaku.
4. Apabila Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab r.a dibunuh dan diminta keizinan untuk dikebumikan di sisi kedua-dua sahabatnya, Saidatina Aisyah r.a telah mengizinkannya. Kubur beliau digali di sebelah kubur Abu Bakar As-Siddiq r.a dengan jarak sehasta, dimana kepala Saidina Umar r.a menyamai bahu Saidina Abu Bakar r.a. Memandangkan ketinggian Saidina Umar bin Al-Khattab r.a, kedua-dua kaki beliau mencapai asas binaan sebelah timur bilik sehingga terpaksa digali di bawah asas binaan tersebut untuknya. Di situ Saidatina Aisyah meletakkan tirai antara beliau dan makam Nabi kerana Saidina Umar r.a bukan mahramnya. Beliau menganggapnya bukan mahram walaupun selepas kematian Saidina Umar r.a.